PERJALANAN KEHIDUPAN SAYA

      Saya dilahirkan pada 23 Mac 1995, di Muar, Johor. Saya seorang yang manja dengan mak, masih ingat lagi saya tak boleh berjauhan dengan mak saya semasa kecil dan sehinggalah darjah satu. Akibat perangai saya yang degil itu, terpaksalah mak saya berhenti kerja semata-mata untuk jaga saya.
         
      Saya seorang budak yang nakal tapi akan dengar cakap ibu bapa juga. Sepanjang tempoh saya membesar sehingga saya dapat membezakan apa yang betul dan salah, ibu bapa selalu membimbing saya dan mendidik saya supaya tidak salah pilih jalan kehidupan.

        Kami ketiga-tiga adik-beradik tidak mempunyai rupa yang sama dan selalu ada orang yang salah anggap bahawa saya anak sulung.Mungkin kerana ketinggian atau sebab lain, saya rapat dengan kedua-dua akak saya, sebab mereka selalu memanjakan saya.

      Saya bercita-cita menjadi seorang guru sejak kecil dan saya sedang cuba mencapai hasrat itu. Kini, saya telah masuk ke IPGK Ipoh pada 17 Julai 2013. Walaupun saya ambilan yang ke tiga, tetapi hal ini tidak melemahkan semangat saya untuk teruskan perjuangan saya.

      Saya berharap semangat yang terdapat dalam diri saya tidak akan berkurang, malah terus bertambah untuk membolehkan saya terus berusaha dalam kehidupan di IPG ini.

SEKOLAH RENDAH :SJK (C) PUI NAN,PARIT BUNGA (2001-2006)
SEKOLAH MENENGAH: SMK PARIT BUNGA (2007-2012)